weekend kali ini selain daripada hari deepavali, ialah juga hari jadi eminem eheh dan juga harijadi i ler (itu main thing yang nak cakap, saja kasi ayat berbelit2, deepavali sgt..hiks).
Weekend i start awal sikit minggu ni sebab Khamis tu i pergi training dekat Shah Alam, training dah kira macam cuti sebab tak payah pakai uniformkan. Teruja gila nak pergi Shah Alam, rindu weh! Kebetulan training dekat glenmarie jadi dapatlah drive pass by Flex tempat nostalgia i tu. I macam terbayang2 apa agaknya dah jadi kat building2 tu. To my suprise the company’s name still there, still as ‘gah’ as it was before.(sesiapa yang pernah lalu highway bkt jelutong-guthrie memang akan perasan kilang ni) Tapi bila lihat ke persekitaran, parking yang kosong, rumput2 yang panjang, suram sangat kelihatannya. Sayu pula rasanya. Tapi itulah dia, ‘lifecycle’ bak kata ex-boss i.
Training hari tu i rasa tak adalah bagus mana, nasib la duit company kan, kalau duit sendiri i rasa sangatlah tidak worth. Nasiblah ada sessi lab tour, di mana ada small briefing dari ehem lab2 personnel yg kachak2. Jadi i bagi kredit di situ, kalau tidak mungkin sampai sudah i bebel2 pasal training yang tak best. hihi.
Lepas training, i jumpa kawan yang juga Ex-Flex dekat TTDi Jaya. Wah TTDI pun dah banyak berubah. Banyak kedai2 makan yang hip and happening baru buka. Teringat zaman dahulu, i dengan lunchmates akan gaduh2 nak decide nak makan kat mana, lepas tu sorang lunchmate i ni pula selalu come out dengan impian nak makan apa yang macham2, yang kitorang panggil sesi ‘impian illyana’. Selalunya i akan tanya dia ‘hari ni ape impian illyana uols?’ dan lunchmate ni start la mereka-reka impian dia tu. Impian nak makan western la, mcd la, kfc la, nak makan nasik lauk labu la (yg ni paling tak boleh lupa, ada ke tetibe teringin nak makan labu).hiks.yang mana selalunya sesi lunch akan diakhiri dengan ucapan-ucapan macham ‘ahh impian illyana mak hari ni tercapai uols’ haha.rindu lagi weh. Kenapa i macam orang tua ni asyik reminiscing je ni. tapi betul weh, bila i dah tak kerja situ barulah i rasa situ best sebenarnya. Lagi satu masa i belum kerja, i memang selalu berangan nak kerja Shah Alam sebab kalau pergi shah alam, yang i ingat ada banyak sangat kilang ok! macham best. memang best! hiks. Ok enough.
Hari jumaat i pula penat sangat sebab i tolong mak dengan kakak i masak2 sebab malam tu kakak i ada open house. huhu. I cadang nak tengok baby fiza tapi tak sempat sebab i sangat busy menjadi chef di dapur. hehe.
Sabtu tu, sebab ialah hari 17october kan, jadi i suka nak belanja2 diri sendiri. Kebetulan Yan ajak keluar, i pun cakap i nak makan cake. So kami pun ke SR. Seperti tahun2 sebelumnya, i suka juga nak bagi hadiah kat diri sendirikan. Macam tahun ni, projek UB tu la hadiah untuk diri sendiri hehe. dan seperti tahun sebelum ni juga, tahun ni i dapat birthday card dari bapak Ali iaitu pakcik Hunda. Kali ni best sikit sebab dapat handphone case dengan bookmark. tahun lepas dapat bookmark je. Hunda ni memang suka nak menggalakkan orang membaca agaknya, tetiap tahun bagi bookmark kan.
Ahad pula, i keluar dengan my childhood friend. Makan dekat MFM, masa nak bayar, i minta receipt, then kawan i kata, ‘takpe aku bayar, balanja ko, birthday kan’ waaahhh rasa terharu weh tak sangka dah tua2 macam ni masih ada yang nak belanja i masa birthday kan hiks. Ok enough cerita birthday.
Sekarang i macham malas dah dengan fb. i login fb lebih kepada nak main game je. i rasa kejap lagi mesti i boring dengan fb macham i boring dekat friendster dulu. hanya orang2 tertentu yang tahu perkara utama yang i bosankan dengan friendster dulu dan kini fb pun dah macam tu. haish. lagi satu,i tak suka sangat orang kasik friend suggestion tu hiks. :p
okie dokie, oh ya, i mungkin akan bertukar haluan kerjaya (again??) tidak lama lagi. Nantikan saja.
Taa